Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang penjual di sini mengenai video seks yang membabitkan pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidaklah mahu mengulas panjang lebar mengenai isu tersebut melalui blog ini kerana blog yang saya wujudkan ini bukanlah blog politik, walaupun pada asasnya blog ini wujud untuk mengulas isu-isu semasa berkaitan dengan politik.
Mungkin saudara atau saudari yang telah mengikuti blog ini dari awal sedar akan perubahan blog ini yang sebelum ini kebanyakan posting yang dibuat berkaitan politik Malaysia. Saya mengubah pendirian blog ini atas beberapa sebab yang tidak perlu saya nyatakan di sini. Insya-Allah selepas daripada ini kalau ada isu yang saya ulas, saya akan ulas sedikit mengenainya.
Berbalik kepada soalan tadi, walaupun saya mengambil masa yang panjang sewaktu saya menerangkan kepada abang tersebut tetapi di sini saya hanya mengambil isinya sahaja. Pertama sekali saya langsung tidak mempercayai video tersebut kerana ini merupakan percubaan mereka untuk menjatuhkan DSAI selepas kes sodomi mereka di ambang kegagalan. Saya menolak video itu bukan atas pegangan politik saya, Tengku Ghazali sendiri pun tidak mempercayainya. Saya juga ramai rakan-rakan yang pegangan politik mereka UMNO tetapi saya tidak pernah mempersoalkan tentang pegangan mereka mengenai fitnah terbaru ini.
Keduanya, kenapa perlu menayangkan kepada para wartawan terlebih dahulu dan dirahsiakan identiti orang yang menayangkan tersebut. Adakah negara ini tidak mempunyai undang-undang. Yang menambahkan kepelikan kenapa setelah video itu didedahkan mereka meminta DSAI dan isterinya berundur daripada politik. Ini menunjukkan mereka sebenarnya takut kepada kekuatan DSAI dan cuba untuk menjatuhkannya.
Ketiganya, kenapa sehingga hari ini ketiga-tiga Datuk T itu masih lagi bebas sedangkan semasa kes video yang melibatkan presiden MCA orang yang mengedarkan vcd berkenaan ditangkap. Kes ini bukan hanya mengedarkan vcd tetapi membuat tayangan terus. Hahaha… memang pelik Malaysia ni. Pelbagai kenyataan yang menggelikan hati yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri untuk menghalalkan perbuatan Datuk T ini.
Keempat, kenapa video tersebut ditayangkan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak hendak dijalankan. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadikan modal kempen bagi pihak kerajaan memburukkan DSAI dan Pakatan Rakyat. Setelah pelbagai penghinaan dilemparkan kepada DSAI dari 1998 sehingga sekarang namun beliau masih kuat untuk menempuhinya.
Yang kelima menurut Islam untuk mensabitkan seseorang melakukan zina maka perlu dikemukakan empat orang saksi lelaki yang beriman, dipercayai akan keimanannya dan tidak fasik ataupun empunya diri mengakuinya sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Bagi empat orang saksi di atas kelapan-lapan mata tersebut mestilah melihat dengan jelas zina dilakukan oleh mereka seperti mana mereka melihat timba masuk ke dalam telaga atau batang celak masuk ke dalam botolnya. Sampai begitu sekali Islam menjaga maruah seseorang. Jika tidak dapat dibuktikan seperti berikut maka orang yang menuduh tersebut wajib dikenakan qazaf iaitu sebanyak 80 kali sebatan.
Walaupun banyak lagi hujah yang boleh di kemukakan seperti perbezaan penampilan DSAI dalam video tersebut dengan penampilan sewaktu menghadiri perbicaraan liwat keesokan harinya, post yang dibuat oleh beliau di dalam Facebook dan Twitternya dan pelbagai lagi perkara yang bercanggah yang menyebabkan orang yang berfikiran waras akan menolak fitnah dan konspirasi tersebut. Kalau kita berpegang kepada hujah yang dinyatakan oleh Islam sahaja pun telah cukup memadai bagi kita untuk tidak mempercayainya.
No comments:
Post a Comment