Alhamdulillah, malam ini diberi lagi kesempatan oleh Allah untuk mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Usamah. Malam ni merupakan malam terakhir kuliah pengajian agama (KPA) diadakan kerana kami telah memasuki fasa terakhir sebelum peperiksaan akhir menjelma pada 7 Mei akan datang.
Walaupun kuliah telah berakhir untuk semester ini, ini tidak bermakna selepas ini tiada lagi program-program berunsur keagamaan akan diadakan. Tazkirah selepas maghrib akan terus diadakan sebagai makanan kepada rohani kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Saya pun Insya-Allah akan berangkat pulang ke kampung, kalau tiada aral melintang Insya-Allah saya akan berangkat pada hari Ahad ini. Kita sambung kuliah pengajian di kampung pula dengan ustaz-ustaz yang berkaliber untuk menambah ilmu agama di dada, Insya-Allah, mudah-mudahan diberi kelapangan oleh Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment