Kelmarin diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi urus setia bagi program Musabaqah Kesenian Islam 1432H yang dianjurkan oleh Unit Kerohanian Jabatan Hal Ehwal Pelajar, program dimulakan pada jam 9 pagi.
Antara yang dipertandingkan tilawah al-Quran, hafazan, pidato, imam dan bilal, nasyid, dan khat. Saya dan beberapa orang rakan diberi tugas untuk menguruskan pertandingan tilawah al-Quran dan hafazan. Walaupun peserta tidaklah begitu ramai pada hakikatnya tetapi berdasarkan pengalaman saya yang lepas dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti keagamaan itu telah memadai dan ramai.
No comments:
Post a Comment