Alhamdulillah, malam ni berkesempatan bersama dengan Al-Fadhil Ustaz Usamah dalam kuliah maghrib yang disampaikan oleh beliau. Kuliah malam ini berkisarkan kepada akidah sebagai umat Islam dan selepas kuliah saya berkesempatan makan bersama ustaz.
Dalam asyik sedang bercakap tersebut saya sempat bertanya pandangan ustaz mengenai video seks yang membabitkan pemimpin utama Pakatan Rakyat. Ustaz jawab mudah dalam kuliah beliau ada menyebut mengenai balaghah yang berbunyi setiap berita yang disampaikan kepada manusia ada yang benar dan ada yang palsu serta fitnah kecuali apa yang disebut oleh Allah s.w.t dan Nabi-Nya s.a.w.
Asasnya mudah dan ustaz menyatakan setiap perkara yang diberitakan melalui Utusan Malaysia dan media yang sama waktu dengannya, beliau tidak pernah percaya dari dulu lagi walaupun perkara tersebut benar, beliau tidak akan mempercayainya.
Ustaz ada berpesan, kita ni sebagai manusia, jangan sesekali cuba untuk menipu orang lain kerana jika mereka telah mendengar mengenai penipuan kita, sampai bila-bila pun kita tidak akan dipercayai lagi.
No comments:
Post a Comment