Thursday, April 7, 2011

Majlis Pertunangan


Sengaja saya tidak membuat posting yang tidak berkaitan dengan tajuk Saat-Saat Berlakunya Kiamat yang saya buat secara bersiri bagi memberi peluang kepada anda untuk membacanya dengan tenang.
Walaupun pada hari yang saya membuat posting tersebut ada beberapa peristiwa yang berlaku namun saya tidak mahu mengganggu tajuk tersebut dan saya tunggu sehingga semuanya selesai barulah saya akan membuat posting yang lain.

Baru-baru ini saya diberi peluang untuk balik ke kampung halaman bagi meraikan majlis pertunangan kakak saya  yang berlangsung pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 2 April 2011. Pertunangan yang berlaku pada hari ini tidaklah seperti pertunangan 10 tahun yang lalu. Kini majlis yang dilakukan untuk pertunangan sahaja pun sudah seperti majlis pernikahan. Dengan pelaminnya, baju yang disewa, juru mekap, meja makan dan cenderahati seperti yang diberi semasa menghadiri majlis perkahwinan.



Seingat sayalah, semasa ibu saudara saya bertunang pada tahun 1997 dahulu tidak ada perkara yang dilakukan seperti hari ini. Kalau pun ada hanya ringkas saja. Dulu majlis pertunangan hanya diadakan secara ringkas sahaja tiada pelamin, baju ataupun cenderahati  semuanya menggunakan kelengkapan sendiri. Kalau hendak cantik letaklah sedikit kain untuk dijadikan tabir semasa acara menyarung cincin. Itu saja tiada yang lebih daripada itu. Ini tidak, kos untuk bertunang sahaja pun hampir mencecah RM4000. Kalau kahwin tak tahu lerrr. Fuhhh… memang gila. Ini semakin menggerunkan saya. Hahaha…



Tapi apa boleh buat, memang zaman dah berubah, nak buat macam mana terpaksalah terima walaupun memang pahit untuk diterima hehe…  Walau apa pun selamat bertunang diucapkan kepada kakak saya. Untuk majlis perkahwinan saya tidak tahu bila akan dilangsungkan, ikut suka dialah bila nak dibuat asalkan dia bahagia sudah. Haha…               

No comments:

Post a Comment