Kelmarin sedikit kepenatan terpaksa berulang alik ke pejabat dekan dan CUIC untuk selesaikan masalah tambah subjek untuk semester hadapan. Dalam kekalutan tersebut, sempat juga saya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz di Pusat Islam.
Datuk membincangkan suatu perkara yang tidak pernah disentuh secara mendalam mengenainya hatta di institusi pengajian tinggi. Tajuk yang disampaikan pada hari ini ialah mengenai Titian Siratulmustaqim.
Hari ini satu ilmu baru telah saya perolehi kerana sebelum ini pengajaran agama di surau ataupun di masjid semuanya menyatakan bahawa titian siratulmustaqim itu merupakan jambatan yang akan membawa manusia ke syurga dan di bawahnya terletak api neraka. Mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah pasti tidak akan dapat melintasi titian ini dan mereka akan terjatuh ke dalam api neraka. Ini ilmu yang diperolehi di surau atau masjid.
Tetapi hari ini berpandukan kepada ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Datuk telah membuktikan bahawa pegangan yang menyatakan titian siratulmustaqim ini merupakan jambatan untuk menuju ke syurga adalah salah.
Melalui kajian yang telah dilakukan oleh beliau mendapati bahawa titian siratulmustaqim ini merupakan jalan yang dilalui manusia untuk menuju ke mahsyar dan titian ini tidak akan menentukan lagi sama ada manusia tersebut akan ke syurga atau neraka.
Berpandukan kepada ayat al-Quran juga, Datuk menggambarkan bahawa syurga berada di sebelah kanan dan neraka di sebelah kiri. Di tengah-tengah merupakan tembok besar yang memisahkan antara keduanya.
Apabila tiba di mahsyar maka manusia akan dikelaskan kepada tiga kelompok. Kelompok pertama akan dimasukkan terus ke dalam neraka jahanam dan kelompok kedua terus akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab manakala golongan ketiga akan dihadapkan di mahkamah Allah untuk pengadilan.
Di sinilah akan ditentukan amalan seseorang sama ada mereka dimasukkan ke syurga ataupun neraka dan bagi mereka yang timbangan kebaikan dan kejahatan sama banyak maka mereka akan diletakkan di atas tembok yang besar selama mana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
as salam... sebenarnya ada, dlm kitab n hadis ada sebut, leh refer gak Kuliah Dato' Ust Harun Din
ReplyDelete