Thursday, March 17, 2011

Tetamu Yang Tidak Diundang

Tiada perkara yang ada untuk diulas pada hari ini. Namun, sedikit peringatan kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian. Jika sekiranya pada malam ini datang seorang tetamu yang tidak kita terfikir bahawa dia akan datang, apakah perasaan kita?.

Adakah kita bersedia untuk menerima tetamu tersebut atau sebaliknya? Jika dia datang pada malam ini dengan perintah Allah untuk mengambil nyawa kita, adakah kita akan membenarkannya?.

Tidak dapat tidak kita harus membenarkannya walaupun dengan terpaksa kerana ini adalah arahan daripada Allah s.w.t. Dianya ialah Malaikat Izrail.

Persoalannya kini adakah kita benar-benar bersedia untuk mengadap Allah? cukupkah amalan-amalan kita? Apakah yang kita hendak jawab di hadapan Allah s.w.t nanti. Dan jika sekiranya kita diambil nyawa pada malam ini, bagaimanakah keadaan kita adakah kita mendapat nikmat atau siksaan daripada Allah s.w.t… fikir-fikirkanlah…

No comments:

Post a Comment