Semalam, sebelum tidur saya sempat ber”SMS” dengan teman yang juga merupakan sahabat baik saya. Dia bercakap mengenai hidayah Allah dan di sini saya tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai hal itu. Cuma kadangkala kita perlu peka kepada perkara yang berlaku pada diri sendiri.
Ada perkara yang berlaku kepada diri kita kadang-kadang kita terlepas pandang dan beranggapan itu perkara biasa yang berlaku kepada diri kita. Tetapi dari sudut lain, itu sebenarnya adalah anugerah yang paling tidak ternilai dalam hidup ini kerana perkara tersebut hanya diberikan kepada orang-orang yang terpilih sahaja dan datangnya daripada Allah.
Nabi sendiri tidak boleh memberi perkara ini kepada manusia, para nabi hanya menyampaikan, yang menentukan mereka menerima atau tidak ialah Allah. Itulah “HIDAYAH” Allah s.w.t.

Namun bagi mereka yang menerimanya perlulah menjaganya dengan bersungguh-sungguh supaya anugerah itu tidak hanya menjadi hangat-hangat tahi ayam sahaja kerana tanpa memeliharanya dengan baik kita mungkin akan kehilangannya dan akan kembali kepada perangai sebelum daripada ini.
Allah s.w.t boleh membolak-balikkan hati manusia, jika manusia tersebut tidak menjaganya pada bila-bila masa sahaja boleh ditarik kembali oleh Allah s.w.t.

Memang sukar untuk diri meninggalkan perkara yang bertentangan dengan syarak kerana itu merupakan perkara yang seronok dilakukan. Sementara, untuk menurut perintah-Nya pula akan menjadi sukar kerana ianya bertentangan dengan hawa nafsu serta keinginan diri.
Namun kita perlu mengalah, apabila telah tiba masanya kita dipilih, kita tidak mempunyai jalan lain kecuali meninggalkannya dan kembali kepada perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Dengan semangat serta pegangan bahawa Allah bersama dengan kita insya-Allah kita dapat mengharungi cubaan dan dugaan ini dengan baik.
Ini merupakan dugaan bagi kita untuk berada di landasan yang benar kerana dugaan akan menjadikan seorang muslim itu menjadi semakin kuat untuk menempuh dugaan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Dan inilah perkara yang akan mengiktiraf kita menjadi muslim yang sejati kerana Allah taala telah berfirman :
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji oleh Allah?”
Namun kita perlu mengalah, apabila telah tiba masanya kita dipilih, kita tidak mempunyai jalan lain kecuali meninggalkannya dan kembali kepada perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Dengan semangat serta pegangan bahawa Allah bersama dengan kita insya-Allah kita dapat mengharungi cubaan dan dugaan ini dengan baik.
Ini merupakan dugaan bagi kita untuk berada di landasan yang benar kerana dugaan akan menjadikan seorang muslim itu menjadi semakin kuat untuk menempuh dugaan yang lebih mencabar pada masa hadapan. Dan inilah perkara yang akan mengiktiraf kita menjadi muslim yang sejati kerana Allah taala telah berfirman :
Semasa ber”SMS” tersebut tanpa disedari air mata saya mengalir disebabkan kegembiraan dan menunjukkan kebesaran Allah s.w.t kerana memilih sahabat saya ini, yang merupakan antara sahabat yang paling saya sayang.
Cuma pesanan saya jagalah ia dengan baik dan beristiqamahlah dalam mencari redha Allah. Banyakkanlah berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah taala memelihara kita dalam redha-Nya dan menetapkan hati kita supaya sentiasa berada di atas jalan yang benar dan kekal taat kepada-Nya sahaja. Amin ya robbal alamin…
Terima Kasih ya Allah kerana memilih sahabatku ini dan tahniah kepada sahabat saya kerana Allah telah memilih anda...

No comments:
Post a Comment