Satu perkara yang perlu diingati iaitu malam ini merupakan malam terakhir kita berada dalam bulan Ramadhan. Segala perbuatan yang kita lakukan sebulan yang lepas kini berada dipengakhirannya . Sebagaimana sabda Nabi s.a.w segala perbuatan yang dilakukan dilihat pada akhirnya, jika sekiranya baik maka baiklah dan jika buruk maka buruklah. Maka malam ini, perlulah kita melakukan sebaik mungkin segala-galanya agar pengakhiran kepada puasa kita menjadi satu pengakhiran yang baik. Kepada sesiapa yang pada bermulanya bulan ini mereka melakukan perkara yang buruk mereka mempunyai peluang terakhir pada malam ini kerana kebaikan yang mereka lakukan pada malam ini adalah lebih baik bagi mereka berbanding dengan mereka yang pada mulanya baik tetapi pengakhirannya buruk. Lakukanlah sebaik-baiknya pada malam ini kerana malam ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang walaupun menangis air mata darah sekalipun, solat Isya’ yang kita lakukan pada malam ini tidak akan kembali lagi, solat terawih, begitu juga ibadat-ibadat lain yang kita lakukan pada malam ini tidak akan kembali lagi
kerana kita tidak mempunyai petua untuk hidup lagi pada Ramadhan yang akan datang.
Juga pada akhir-akhirnya, jangan lupa untuk mengeluarkan zakat, zakat yang dikeluarkan merupakan penyuci dan penampung kepada puasa kita seperti juga solat sunat rawatib yang dilakukan menjadi penampung kepada solat wajib yang dilakukan. Tunaikanlah zakat, keluarkanlah walaupun lebih daripada nilai yang patut dikeluarkan, jangan ditanya nilai-nilai yang diberikan keluarkan saja. Hatta, golongan miskin pun disunatkan untuk mengeluarkan zakat kerana zakat ini dikeluarkan setahun sekali bagi golongan yang tidak membayar cukai pendapatan ataupun zakat harta dan bagi golongan miskin Allah Taala memberi peluang kepada mereka untuk menjadi kaya walaupun setahun sekali, begitulah indahnya ajaran Islam.

Petikan tazkirah ringkas Ramadhan oleh Ust. Sheikh Hanafi di Surau Ust. Omar Shukri, Dungun.
No comments:
Post a Comment