Friday, May 20, 2011

Tazkirah

Malam Selasa lepas saya sempat memberikan sedikit tazkirah yang berkaitan dengan solat. Setelah beberapa kali tazkirah saya menyebut mengenai golongan yang meninggalkan solat, malam tu saya beralih pula kepada orang yang bersolat kerana sabda Nabi s.a.w:

صلاته من يوكتبوله علي صلاه منيوصلي ٳنّمنكم
رسورحا ذكر حتّا اوسودوسوها اوكوموسوها أوروبوءحا ٳلثولوسها

“Ada dalam kalangan kamu orang yang bersembahyang, maka tidak dicatatkan untuknya kecuali 1/3 nya sahaja atau ¼ nya atau 1/5 nya atau 1/6 nya sehingga menyebut 1/10 nya” yakni tidak dicatatkan, diterima kecuali yang dia sedar terhadap sembahyangnya, adapun yang dia lupa tidak dicatatkan baginya.

Hadis ini bukan pujian daripada nabi tapi nabi bagi peringatan bahawa sembahyang ini tidak boleh dibuat main-main. Saya tak mahu menghuraikan hadis ini panjang lebar sebagaimana tazkirah saya tapi cukuplah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian, supaya selepas daripada ini kita meningkatkan lagi kekhusyukan dalam solat kita.

Para ulama’ menyatakan bahawa sembahyang di masjid atau surau boleh menambahkan pahala selain diangkat 27 darjat, sembahyang di masjid atau surau akan menyebabkan pahala itu dibahagi-bahagikan antara makmum, maknanya kalaupun kita tidak khusyuk maka orang lain akan saling mendermakan pahala khusyuk mereka kepada kita. Inilah kelebihan solat di masjid ataupun surau.







No comments:

Post a Comment