Monday, May 16, 2011

Solat


Dalam tazkirah saya pada minggu lepas saya ada menyebutkan mengenai tugas utama yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi ini sebagaimana firmanya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“ Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”.
Bagaimana manusia ini diutuskan oleh Allah supaya menjadi kuli dan buruh kepada Allah s.w.t. Mentadbir dunia ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah bukan sebagaimana kehendak diri sendiri. Dan dalam ayat lain Allah taala menyebut:

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ

“ Tiada perkara yang aku minta dengan manusia melainkan beribadat kepada-Ku”

Tiada perkara yang diminta oleh Allah walaupun banyak yang Allah kurniakan kepada kita bermula daripada celik mata paginya sehinggalah tutup mata malamnya pelbagai nikmat Allah kurniakan.

Kamu memerlukan oksigen untuk bernafas aku beri kamu oksigen, kamu perlu nasi untuk hidup aku cipta padi untuk kamu, kamu perlu protein aku buat ikan untuk kamu, pelbagai lagi aku sediakan bagi kamu, aku tak minta apa-apa daripada kamu melainkan supaya kamu tentu jadi kuli aku.
Aku boleh sebut macam-macam kepada kamu supaya kamu menjadi hamba aku, kamu kena bersedekah, kamu kena berjihad dan sebagainya tapi aku hendak sebut satu saja iaitu:

وءكيمصلاه

“ Dirikan solat”.

Dan inilah tugas utama kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Jika sekiranya baik dan sempurna sembahyang tersebut maka akan baiklah segala amalan yang kita lakukan dan begitulah sebaliknya jika buruk sembahyang tersebut maka amalan yang lain pasti tidak akan sempurna. Sebagaimana perkataan yang pernah diucapkan oleh Sayidina Umar Al- Farouk r.a:

ٳذاضويّٲتصلاةفلغرحاعذّيك  

“ Bila seseorang itu menyempitkan sembahyangnya, persaksikanlah perkara lain pasti lebih sempit lagi”.

Jika solat dibuat dalam keadaan lebih kurang atau tidak didirikan langsung maka perkara lain kalau dibuat pun hanyalah lakonan semata-mata dan saya sebut ibadah-ibadah lain sebagai pemerah pipi. Di mana pipi merah kerana ditampar oleh seseorang. Mana dulu merah pipi atau penampar dahulu?. Sudah tentunya penampar dahulu baru merah muka begitulah juga solat ini ibarat penampar tersebut. Jika sudah ditampar maka merah itu akan timbul dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment