Monday, May 9, 2011
Nasihat Ibrahim Adham
Lebih kurang seminggu saya tidak menulis, rindu jugalah tetapi oleh sebab komitmen yang perlu diberikan sepanjang minggu terutama sekali yang berkaitan dengan peperiksaan terpaksa melupakan seketika blog ini. Mohon kemaafan kepada pembaca dan mungkin juga selepas daripada ini, saya akan kurang membuat posting terbaru sehinggalah kelapangan muncul kembali. Insya-Allah.
Cumanya pada malam ini saya ingin menyatakan satu perkara iaitu mengenai nasihat yang diberikan oleh Ibrahim Adham ketika mana seorang pemuda datang kepadanya dan menyatakan bahawa dia ingin melakukan maksiat.
Lalu Ibrahim Adham menasihatinya bahawa jika sekiranya kamu ingin melakukan maksiat lakukanlah tetapi kamu mestilah:
1.Buatlah maksiat tersebut di luar muka bumi Allah s.w.t.
2.Buatlah maksiat tetapi jangan menggunakan nikmat yang Allah bagi untuk melakukan maksiat tersebut.
3.Buatlah maksiat tetapi jangan bagi Allah lihat apa yang kamu lakukan.
4.Buatlah maksiat, apabila kamu mati nanti, jika ditanya oleh malaikat mengenai maksiat yang kamu lakukan, jangan kamu menjawabnya.
5.Bilamana malaikat datang kepada kamu untuk memasukkan kamu ke dalam neraka, kamu larilah masuk ke dalam syurga.
Jika semua perkara di atas kamu dapat lakukan, maka lakukanlah maksiat tersebut tanpa perlu kamu rasa bersalah kepada Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment