Alang-alang dah menulis saya, semalam saya sempat bersama Ustaz Khairul Ikhwan Zaki, seorang mudir sebuah pondok di Pengkalan Chepa, Kelantan. Dalam kuliah maghrib beliau sebelum berceramah di Sura Hujung, beliau ada menyebutkan mengenai hidayah Allah. Manusia yang di pilih oleh Allah untuk diberi hidayah bukanlah sebarang manusia tetapi mereka benar-benar di pilih oleh Allah. Mereka yang datang kemasjid atau surau untuk berjemaah dan mendengar kuliah adalah mereka yang diberi hidayah oleh Allah. Kalau tiada hidayah mereka ini tidak akan sampai dirumah Allah.
Terdapat dua cara untuk memelihara hidayah daripada ditarik balik oleh Allah s.w.t. Pertamanya, sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. dan yang keduanya sentiasa bersyukur kepada Allah. Dr. Yusof Al-Qardhawi menggariskan lima prinsip bersyukur iaitu:
- Mengikut segala perintah Allah serta meninggalkan larangannya termasuk melaksanakan segala peraturan yang ditetapkan oleh-Nya.
- Memupuk rasa cinta kepada Allah s.w.t.
- Mengaku segala nikmat yang dikurniakan kepada kita adalah daripada Allah s.w.t.
- Sentiasa memuji Allah s.w.t.
- Tidak menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah untuk melawan Allah kembali.
No comments:
Post a Comment