Saturday, May 28, 2011

Si Kaya & Si Miskin

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang- panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang- camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun...yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT...









Friday, May 20, 2011

Tazkirah

Malam Selasa lepas saya sempat memberikan sedikit tazkirah yang berkaitan dengan solat. Setelah beberapa kali tazkirah saya menyebut mengenai golongan yang meninggalkan solat, malam tu saya beralih pula kepada orang yang bersolat kerana sabda Nabi s.a.w:

صلاته من يوكتبوله علي صلاه منيوصلي ٳنّمنكم
رسورحا ذكر حتّا اوسودوسوها اوكوموسوها أوروبوءحا ٳلثولوسها

“Ada dalam kalangan kamu orang yang bersembahyang, maka tidak dicatatkan untuknya kecuali 1/3 nya sahaja atau ¼ nya atau 1/5 nya atau 1/6 nya sehingga menyebut 1/10 nya” yakni tidak dicatatkan, diterima kecuali yang dia sedar terhadap sembahyangnya, adapun yang dia lupa tidak dicatatkan baginya.

Hadis ini bukan pujian daripada nabi tapi nabi bagi peringatan bahawa sembahyang ini tidak boleh dibuat main-main. Saya tak mahu menghuraikan hadis ini panjang lebar sebagaimana tazkirah saya tapi cukuplah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian, supaya selepas daripada ini kita meningkatkan lagi kekhusyukan dalam solat kita.

Para ulama’ menyatakan bahawa sembahyang di masjid atau surau boleh menambahkan pahala selain diangkat 27 darjat, sembahyang di masjid atau surau akan menyebabkan pahala itu dibahagi-bahagikan antara makmum, maknanya kalaupun kita tidak khusyuk maka orang lain akan saling mendermakan pahala khusyuk mereka kepada kita. Inilah kelebihan solat di masjid ataupun surau.







Monday, May 16, 2011

Solat


Dalam tazkirah saya pada minggu lepas saya ada menyebutkan mengenai tugas utama yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi ini sebagaimana firmanya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“ Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku”.
Bagaimana manusia ini diutuskan oleh Allah supaya menjadi kuli dan buruh kepada Allah s.w.t. Mentadbir dunia ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah bukan sebagaimana kehendak diri sendiri. Dan dalam ayat lain Allah taala menyebut:

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ

“ Tiada perkara yang aku minta dengan manusia melainkan beribadat kepada-Ku”

Tiada perkara yang diminta oleh Allah walaupun banyak yang Allah kurniakan kepada kita bermula daripada celik mata paginya sehinggalah tutup mata malamnya pelbagai nikmat Allah kurniakan.

Kamu memerlukan oksigen untuk bernafas aku beri kamu oksigen, kamu perlu nasi untuk hidup aku cipta padi untuk kamu, kamu perlu protein aku buat ikan untuk kamu, pelbagai lagi aku sediakan bagi kamu, aku tak minta apa-apa daripada kamu melainkan supaya kamu tentu jadi kuli aku.
Aku boleh sebut macam-macam kepada kamu supaya kamu menjadi hamba aku, kamu kena bersedekah, kamu kena berjihad dan sebagainya tapi aku hendak sebut satu saja iaitu:

وءكيمصلاه

“ Dirikan solat”.

Dan inilah tugas utama kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Jika sekiranya baik dan sempurna sembahyang tersebut maka akan baiklah segala amalan yang kita lakukan dan begitulah sebaliknya jika buruk sembahyang tersebut maka amalan yang lain pasti tidak akan sempurna. Sebagaimana perkataan yang pernah diucapkan oleh Sayidina Umar Al- Farouk r.a:

ٳذاضويّٲتصلاةفلغرحاعذّيك  

“ Bila seseorang itu menyempitkan sembahyangnya, persaksikanlah perkara lain pasti lebih sempit lagi”.

Jika solat dibuat dalam keadaan lebih kurang atau tidak didirikan langsung maka perkara lain kalau dibuat pun hanyalah lakonan semata-mata dan saya sebut ibadah-ibadah lain sebagai pemerah pipi. Di mana pipi merah kerana ditampar oleh seseorang. Mana dulu merah pipi atau penampar dahulu?. Sudah tentunya penampar dahulu baru merah muka begitulah juga solat ini ibarat penampar tersebut. Jika sudah ditampar maka merah itu akan timbul dengan sendirinya.

Thursday, May 12, 2011

Negara Kristian


Beberapa hari kebelakangan ini, kita di momokan dengan berita mengenai Negara Kristian yang ingin ditubuhkan. Begitu juga Perdana Menteri Malaysia yang ingin ditukar kepada penganut Kristian. Betul atau tidak perkara ini saya tidak pasti ataupun sekadar untuk menarik sokongan politik?. Yang pastinya kita perlu melihat kenapa perkara ini timbul sekarang ini dalam jangka masa kita telah merdeka lebih daripada 50 tahun.

Kenapa kita melihat hari ini seolah-olah rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam merasa tidak senang tinggal di bawah pemerintahan yang dikatakan Islam ini?. Mesti ada satu perkara yang tidak kena di sini. Sedangkan Negara Islam yang ditubuhkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak timbul perkara ini.

Puak-puak Yahudi yang tinggal di Madinah selesa berada di bawah payung Islam dan mereka merasakan mereka lebih selamat di bawah pemerintahan Islam kalau ada pun yang menentang ialah golongan yang benar-benar membenci agama ini sahaja. Bahkan ada dalam kalangan mereka yang memeluk Islam setelah melihat sendiri betapa adilnya sistem pemerintahan Islam ini.

Tetapi sebaliknya berlaku dalam negara kita, setelah 50 tahun merdeka, mereka ini semacam semakin tidak selesa berada dalam negara ini sehinggakan keluar berita-berita yang tidak sepatutnya keluar pada pandangan saya. Apakah kefahaman kepada agama Islam itu sendiri telah diberikan kepada mereka?. 

Soal mereka terima atau tidak itu soal kedua dan ketiga tetapi yang utamanya penerangan itu sendiri. Apabila mereka telah faham Islam walaupun tidak menerima, mereka akan tetap menghormatinya dan tahu akan kelebihannya, menyebabkan tiada alasan untuk mereka mempertikaikan Islam itu sendiri. 

Jika ini tidak dilakukan, agak malang bagi kita kerana setelah 50 tahun kita masih gagal untuk memahamkan mereka. Satu jangka masa yang amat panjang. Ada orang kata macam mana nak fahamkan orang bukan Islam, yang Islam sejak lahir tu sendiri pun tak faham-faham mengenai agama mereka.

 Ini masalah yang kita sendiri cari dan bagi saya penyelesaian yang drastik perlu dilakukan dalam negara ini dan bagaimana caranya itu terpulang kepada kepandaian masing-masing. Perubahan ini untuk memastikan tiada lagi masalah-masalah yang lebih dahsyat akan timbul selepas daripada ini ataupun dalam rangka 50 tahun akan datang.