Kadang-kadang saya merasa hairan dan pelik mengenai orang-orang yang masih lagi tidak sedar mereka berada dalam bulan Ramadhan. Saya menyatakan begitu kerana saya melihat mereka ini tiada inisiatif untuk menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan pelbagai amal kebajikan ataupun meningkatkan ibadah kepada pencipta, Allah Rabbujalil. Adakah mereka tidak mengetahui kelebihan yang Allah Taala kurniakan kepada mereka ataupun mereka hanya melakukan semata-mata kerana di dalam mykad mereka tertera perkataan Islam tanpa mereka mengetahui apakah agama yang dianuti oleh mereka. Mereka menganut agama ini kerana sejak lahir mereka telah pun menjadi orang Islam.
Sekurang-kurangnya ambillah sedikit peluang untuk meningakatkan amalan kita pada bulan Ramadahan ini. Ini tidak, bulan Ramadhan dengan sebelas bulan yang lain tiada perbezaannya. Semuanya sama dalam pandangan mata mereka. Mereka tidak merasai kelebihan dan ganjaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Tambahkanlah ibadah pada bulan yang penuh berkat ini, mudah-mudahan diterima oleh Allah S.W.T kerana kita tidak mengetahui adakah kita berkesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment