Tuesday, August 24, 2010
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 diucapkan kepada sahabat saya yang paling saya sayangi, hahaha... Tajuddin Mohammed. Moga-moga dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T, sihat tubuh badan, dikurniakan isteri-isteri yang solehah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Tuo doh demo, hahaha...
Saturday, August 21, 2010
Peringatan Kepada Diri
Kadang-kadang saya merasa hairan dan pelik mengenai orang-orang yang masih lagi tidak sedar mereka berada dalam bulan Ramadhan. Saya menyatakan begitu kerana saya melihat mereka ini tiada inisiatif untuk menghidupkan bulan Ramadhan ini dengan pelbagai amal kebajikan ataupun meningkatkan ibadah kepada pencipta, Allah Rabbujalil. Adakah mereka tidak mengetahui kelebihan yang Allah Taala kurniakan kepada mereka ataupun mereka hanya melakukan semata-mata kerana di dalam mykad mereka tertera perkataan Islam tanpa mereka mengetahui apakah agama yang dianuti oleh mereka. Mereka menganut agama ini kerana sejak lahir mereka telah pun menjadi orang Islam.
Sekurang-kurangnya ambillah sedikit peluang untuk meningakatkan amalan kita pada bulan Ramadahan ini. Ini tidak, bulan Ramadhan dengan sebelas bulan yang lain tiada perbezaannya. Semuanya sama dalam pandangan mata mereka. Mereka tidak merasai kelebihan dan ganjaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Tambahkanlah ibadah pada bulan yang penuh berkat ini, mudah-mudahan diterima oleh Allah S.W.T kerana kita tidak mengetahui adakah kita berkesempatan untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun hadapan.

Thursday, August 12, 2010
Ramadhan kedua
Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan Ramadhan dengan izin Allah S.W.T. Malam ini masuk hari kedua kita bertarawih, bagaimanakah amalan kita apabila telah masuk hari kedua kita berpuasa. Adakah tiada pembaharuan daripada hari-hari sebelum ini. Semalam selepas solat maghrib saya sempat memberi sedikit tazkirah kepada rakan-rakan, apakah matlamat kita diwajibkan oleh Allah berpuasa. Adakah hanya semata-mata untuk merasa lapar dan dahaga lalu Allah mengurniakan pahala kepada kita. Jika begitu lebih baik Allah memberi pahala kepada sahabat-sahabat kita yang tidak makan bukan sahaja pada siang hari tetapi mereka juga tidak makan pada malam hari. Adakah ini matlamat sebenar puasa...
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberikan lebih makna kepada diri dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T serta menghayati puasa dengan lebih baik lagi daripada tahun-tahun yang sudah. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK moga-moga kita menggunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah ini dengan sepenuhnya dan apabila kita keluar daripada bulan tarbiyah ini ketakwaan kepada Allah lebih mendalam lagi berbanding sebelum kita memasuki bulan yang penuh keberkatan ini. InsyaAllah.
Monday, August 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)