Friday, July 1, 2011

Sekitar Pembebasan Ustaz Sheikh Hanafi



Sekitar jam 6.00 petang semalam Ustaz Sheikh Hanafi, Ketua Pemuda PAS Dungun telah ditahan oleh Ketua Polis dan dibawa ke Balai Polis Dungun kerana memasang banner BERSIH 2.0. Selepas berita ini tersebar, seluruh ahli dan pendokong Islam telah berkumpul di hadapan Balai Polis bagi menuntut supaya Ustaz Hanafi dibebaskan turut hadir Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri serta YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, YDP PAS kawasan merangkap ADUN Sura. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta hajat diadakan di hadapan balai dan diimamkan oleh Ustaz Saiful. Alhamdulillah pada jam 9.13 malam ustaz dibebaskan dan disambut dengan laungan takbir… Tahniah diucapkan kepada ustaz dan teruskan perjuangan kami tetap akan bersama ustaz… Allahuakbar…

                                          



                                           






















No comments:

Post a Comment