Monday, March 30, 2009

Bersyukur kerana kita seorang Islam

Sengaja saya memulakan tulisan blog saya dengan kata-kata yang di ungkapkan oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a sebagai muqaddimah kepada blog ini. Ungkapan ini merupakan peringatan kepada kita sebagai seorang manusia dan muslim yang seharusnya kita bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita dan sewajibnya mengamalkan semua yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya tanpa perlu mempertikaikan walaupun satu perkara yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Islam merupakan satu-satunya agama yang di redhai oleh Allah s.w.t melalui firman-Nya;
ان الدين عند الله الاسلام
Maksudnya: Sesungguhnya agama yang di redhai di sisi Allah hanyalah Islam.
Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam perlu berfikir kenapakah Allah memilih kita sebagai pembawa/penganut agamanya sedangkan ramai lagi manusia yang telah diberikan nyawa oleh Allah s.w.t lahir dalam keadaan kufur kepada Allah, tetapi kita menjadi insan yang terpilih untuk membawa agama Allah. Tidakkah kita merasa bangga dengan pemilihan tersebut? . Kita sepatutnya bersyukur kerana apabila dilahirkan kita telah pun menganut agama Islam tetapi malangnya apabila dewasa kita lupa perjanjian kita dengan Allah s.w.t, tingkah laku kita kadangkala lebih teruk daripada orang kafir sehinggakan kita dapat melihat sendiri pada hari ini muda-mudi kita hanyut dibawa oleh zaman muda mereka dengan pegangan ‘muda hanya sekali, so… kita enjoy’ yang akhirnya telah memenangkan musuh-musuh Allah iaitu Yahudi dan Nasrani kerana berjaya menjauhkan anak-anak muda pada hari ini dengan agama Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment