Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala salah dan silap yang di lakukan, mudah-mudahan ibadat yang kita lakukan selama sebulan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah s.w.t dan menjadi titik-tolak kepada perubahan dalam diri kita. Teruskan beribadat kepada Allah selepas daripada ini sebagaimana bersungguhnya kita beribadat kepada-Nya pada bulan Ramadhan. Taqabbalallah minna wa min kum. Selamat Hari  Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, Kulluam wa antum bi khair...








Monday, August 1, 2011

Ramadhan Karim

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, mudah-mudahan dengan kesempatan yang Allah kurniakan kepada kita pada tahun ini digunakan sepenuhnya dengan melakukan segala suruhannya dengan berlipat kali ganda, lebih hebat daripada bulan-bulan biasa, Insya-Allah. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan atas segala kesalahan yang saya lakukan sepanjang 11 bulan ini. Wallahua'lam...